Status tanah : Rumah masih tergadai dengan LPPSA - Freehold - Bukan Rezab Melayu - Tiada Sekatan Kepentingan
Pembeli menggunakan Loan LPPSA
---------------------------------------------------------------------------------------
Pembeli memohon Pembiayaan LPPSA Jenis 1, iaitu Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap dan permohonan pembiayaan pembeli telah diluluskan oleh LPPSA.
Setelah pihak kami menerima Surat Tawaran Pembeli dan Surat Arahan untuk bertindak sebagai Peguam LPPSA, pihak kami mengatur sesi tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan serta Dokumen-Dokumen Pejabat Tanah untuk kedua-dua pihak Penjual dan Pembeli.
Memandangkan rumah ini masih lagi mempunyai hutang dengan LPPSA, kami menguruskan urusan menyelesaikan baki hutang penjual terlebih dahulu untuk menebus Geran Asal Penjual daripada LPPSA supaya nama pemilik di dalam Geran boleh ditukar kepada nama dan gadaian Pembeli, dah kemudiannya barulah urusan melepaskan baki harga jualbeli kepada Penjual.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penjual telah memperolehi baki jualbeli dan Pembeli pula telah menerima salinan dokumen-dokumen berkaitan rumah tersebut serta kunci.
LAW CHAMBERS OF PUTERI BALQIS
Firma Peguam LPPSA Jitra
Firma Peguam LPPSA Kedah
Firma Peguam LPPSA Semenanjung Malaysia
Kami telah menguruskan kes-kes jualbeli Hartanah, sama ada rumah ataupun tanah di Jitra.
Copyright © 2024 Law Chambers of Puteri Balqis (PBLC) - All Rights Reserved.
SILA AMBIL MAKLUM
Hakcipta Terpelihara. Kandungan, rencana dan imej yang dipaparkan di dalam laman ini adalah terpelihara mengikut peruntukan-peruntukan yang relevan Akta Hakcipta 1987. Setiap penulisan, rencana dan imej tidak boleh disiarkan semula di mana-mana platform tanpa kebenaran bertulis pemilik laman.