Mengenai Kami

Komited dan Pengalaman adalah Asas Amalan Guaman Kami

 

Law Chambers of Puteri Balqis (PBLC) adalah sebuah Firma Guaman Hartanah di Alor Setar, Kedah yang diasaskan oleh Puan Puteri Balqis. Beliau dengan penuh keberanian dan keazaman telah  membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah firma guaman "Rakan Kongsi" yang melibatkan kes-kes hartanah seperti Jual Beli, Hibah, dan Pusaka bagi Hartanah di seluruh Semenanjung Malaysia.


 PBLC merupakan Firma Guaman Hartanah Panel Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Sehinggalah kini, PBLC menguruskan kes-kes Jual Beli Hartanah yang melibatkan Pembiayaan LPPSA di seluruh Semenanjung Malaysia serta menerima review dan pengalaman baik daripada para anakguam PBLC dari kalangan Penjawat Awam.


Bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat untuk mendapatkan khidmat guaman Syarie, Puan Puteri Balqis mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Puan Faizatul Mathwa pada tahun 2024, seorang Peguam Syarie yang berpengalaman dan komited dalam guaman syarie sebagai rakan kongsi di PBLC.


Bagi meluaskan lagi bidang amalan guaman PBLC kepada masyarakat, di bawah pengendalian Rakan Kongsi, Puan Nurfarhana, PBLC menyediakan khidmat guaman litigasi bagi kes-kes sivil, jenayah, undang-undang buruh dan undang-undang keluarga bukan Islam.

 

PBLC beroperasi  di bawah Perlindungan Insurans sebanyak RM3,000,000.00. Tiada tuntutan telah dibuat terhadap rakan kongsi, mahupun firma guaman. Walau bagaimanapun, PBLC sentiasa menyasarkan untuk menyediakan amalan perundangan standard tertinggi dan memenuhi dasar pengurusan risiko dengan komitmen yang tinggi terhadap pengendalian kes-kes anakguam. 


Terkini, Law Chambers of Puteri Balqis berkembang menjadi Firma Peguam Panel LPPSA dan berpengalaman menguruskan kes-kes jual beli dan pembiayaan perumahan bagi kakitangan awam serta Firma Guaman Litigasi Syarie, Sivil dan Jenayah.

Kenali Pasukan Kami

Di Law Chambers of Puteri Balqis, kami percaya bahawa perkhidmatan guaman yang cemerlang bermula dengan sebuah pasukan yang berpengalaman, berintegriti dan komited. Kenali individu-individu yang menerajui firma ini dan berdedikasi dalam memberikan penyelesaian perundangan yang terbaik kepada setiap pelanggan.

PUAN PUTERI BALQIS

Pengasas | Rakan Kongsi | Ketua Unit Conveyancing

Puan Puteri Balqis merupakan Pengasas dan Peguam di Law Chambers of Puteri Balqis.


Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LL.B (Hons)) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2013 dan telah diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya pada 27 Mei 2015.


Sejak memulakan amalan guaman, beliau telah mengendalikan pelbagai transaksi hartanah termasuk penyediaan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement), dokumentasi pembiayaan LPPSA dan Bank, pindahmilik hartanah, penyempurnaan pindah milik dan gadaian, pembiayaan semula serta pelbagai urusan perundangan berkaitan hartanah.


Dengan pengalaman khusus dalam bidang Pembiayaan LPPSA, beliau membantu mengendalikan pelbagai jenis urusan pembiayaan perumahan sektor awam termasuk pembelian rumah siap, pembelian hartanah dalam pembinaan, pembelian tanah dan pembinaan rumah, serta dokumentasi berkaitan permohonan dan penyempurnaan pembiayaan LPPSA.


Sebagai Peguam LPPSA, Puan Puteri Balqis memahami keperluan dan proses khusus yang terlibat dalam transaksi hartanah melalui pembiayaan LPPSA, termasuk keperluan dokumentasi, proses guaman, pindah milik, gadaian serta penyelarasan antara pihak pembeli, penjual, pemaju, kontraktor dan pihak berkaitan bagi memastikan sesuatu transaksi berjalan dengan teratur.


Sebagai Ketua Unit Conveyancing di Law Chambers of Puteri Balqis, beliau mengutamakan ketelitian, integriti dan profesionalisme dalam setiap urusan yang dikendalikan. Beliau percaya bahawa setiap anakguam berhak menerima khidmat guaman yang jelas, cekap dan telus, dengan penekanan kepada penyelesaian yang praktikal serta pengurusan transaksi yang lancar dari awal sehingga selesai.


Dengan pengalaman dalam undang-undang hartanah dan Pembiayaan LPPSA, beliau terus komited memberikan khidmat guaman profesional kepada penjawat awam yang memerlukan panduan berkaitan urusan hartanah, khususnya transaksi yang melibatkan Peguam Panel LPPSA dan dokumentasi pembiayaan LPPSA di seluruh Semenanjung Malaysia.


TUAN MOHAMAD HAFIZ

Pesuruhjaya Sumpah | Pengurus Eksekutif

Tuan Mohamad Hafiz merupakan Pesuruhjaya Sumpah yang telah dilantik oleh Y.A.A. Ketua Hakim Negara pada tahun 2022 bagi menjalankan fungsi pengesahan identiti deponen, menyemak dokumen, dan mentadbir akuan berkanun atau afidavit  selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kehakiman.


Beliau turut berperanan sebagai Pengurus Eksekutif serta Ketua Unit Pembiayaan LPPSA di Law Chambers of Puteri Balqis, dengan mengendalikan penyelarasan operasi serta pengurusan urusan berkaitan permohonan Pembiayaan LPPSA dan transaksi hartanah melalui Pembiayaan LPPSA.


Mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pembiayaan LPPSA sejak tahun 2021 lagi, beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai proses, prosedur serta selok-belok urusan dokumentasi dan keperluan berkaitan permohonan Pembiayaan LPPSA, termasuk membantu memastikan setiap urusan dikendalikan dengan teratur dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.


Dengan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki, beliau menjadi tonggak penting dalam memastikan kecekapan pengurusan permohonan Pembiayaan LPPSA di Law Chambers of Puteri Balqis dan penyampaian perkhidmatan yang cekap kepada para anakguam.


Puan Faizatul

Rakan Kongsi | Ketua Unit Syariah

Puan Faizatul Mathwa Binti Puteh @ Idris merupakan Rakan Kongsi dan Ketua Unit Syariah di Law Chambers of Puteri Balqis. Beliau menyertai firma ini pada Januari 2024 bagi menerajui amalan guaman syariah dan memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan dalam pelbagai perkara berkaitan undang-undang syariah.


Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LL.B (Hons)) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2013, diikuti Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah dengan Kepujian [LL.B(S) (Hons)] daripada universiti yang sama pada tahun 2014. Beliau telah diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya pada 27 Mei 2015.


Dengan pengalaman dalam bidang undang-undang syariah, beliau mengendalikan pelbagai urusan termasuk nasihat perundangan, tuntutan di Mahkamah Syariah serta mewakili anak guam dalam prosiding berkaitan hal ehwal kekeluargaan Islam dan perkara-perkara lain di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.


Sebagai Ketua Unit Syariah, beliau komited untuk memberikan khidmat guaman yang profesional, berintegriti dan berlandaskan undang-undang, dengan mengutamakan kepentingan serta keperluan setiap pelanggan.


Puan Nurfarhana

Rakan Kongsi | Ketua Unit Litigasi

Puan Nurfarhana Binti Fadzil merupakan Rakan Kongsi dan Ketua Unit Litigasi di Law Chambers of Puteri Balqis. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LL.B (Hons)) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2016 dan telah diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya pada 16 Februari 2017.


Beliau memulakan latihan dalam kamar di Messrs Rusni Zahrah & Associates sebelum meneruskan kerjaya sebagai Peguam Bersekutu di Messrs Aswandi Hashim & Company dari tahun 2017 hingga 2019. Pada tahun 2020, beliau menyertai Messrs Widyaevasari & Co., sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri, Messrs Farhana Law Office, pada pertengahan tahun 2023.


Pada Julai 2024, beliau menyertai Law Chambers of Puteri Balqis sebagai Rakan Kongsi dan mengetuai Unit Litigasi. Beliau mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pelbagai perkara berkaitan litigasi sivil dan jenayah, termasuk memberikan nasihat perundangan serta mewakili anak guam di mahkamah.


Selain menerajui Unit Litigasi, beliau turut mengendalikan urusan pembinaan rumah menggunakan pembiayaan LPPSA, termasuk penyediaan dan penyelarasan dokumentasi berkaitan projek pembinaan rumah di atas tanah sendiri serta urusan perundangan yang berkaitan. Pengalaman beliau dalam kedua-dua bidang litigasi dan dokumentasi hartanah membolehkan beliau memberikan penyelesaian yang praktikal, menyeluruh dan berkesan kepada pelanggan.