Bilakah Anda Memerlukan Peguam LPPSA?

Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap

Kemudahan Pembiayaan kepada Penjawat Awam untuk membeli rumah yang siap dibina (ready built house).

Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

Kemudahan Pembiayaan LPPSA untuk membina rumah di atas tanah yang dimiliki oleh Penjawat Awam

Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan

Kemudahan Pembiayaan untuk membeli rumah yang sedang dibina kebiasaannya daripada Pemaju.

Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah

Beli tanah dahulu untuk tujuan bina rumah menggunakan Pembiayaan LPPSA.

Menyelesaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan

Refinance / Penyelesaian baki pinjaman perumahan sedia ada dengan bank melalui Pembiayaan LPPSA.

Membina Rumah Di Atas Tanah Pemohon Yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan

Bina rumah atas tanah yang dibeli melalui Pembiayaan Kerajaan / LPPSA.

Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman

Pembiayaan untuk mengubahsuai atau menambahbaikan rumah yang telah dibeli dengan Pembiayaan LPPSA sebelum ini.

Bagaimana Proses Pembiayaan LPPSA Berjalan?

Semakan Awal

Pasukan Peguam LPPSA kami akan menyemak Kelayakan Pembiayaan anda, Maklumat Hartanah yang ingin dibeli Dan Nasihat yang KHUSUS berdasarkan fakta kes anda sendiri. 

Permohonan Pembiayaan LPPSA

Pasukan kami membantu anda mengisi permohonan dan memberi panduan dokumen sokongan yang diperlukan.

Penyediaan Dokumentasi Guaman

Kami menyediakan Perjanjian Jualbeli, Perjanjian Pembiayaan LPPSA, Suratcara Pindahmilik daripada Penjual kepada anda serta Suratcara Gadaian kepada LPPSA.

Pendaftaran Di Pejabat Tanah

Kami menguruskan proses pendaftaran Pindahmilik Dan Gadaian di Pejabat Tanah sehingga Geran siap didaftarkan di atas nama anda sebagai pemilik baru.

Pelepasan Wang Pembiayaan LPPSA

Peguam LPPSA kami melepaskan wang Pembiayaan LPPSA kepada Penjual sebagai bayaran baki jualbeli mengikut proses undang-undang.

Kenapa Perlu Peguam LPPSA?

Keperluan Melantik Peguam LPPSA

 Bagi urusan penyediaan dokumentasi Pembiayaan LPPSA, Penjawat Awam perlu melantik peguam yang berada di dalam senarai panel berdaftar LPPSA.


Semak Panel Kami sebagai Peguam Berdaftar LPPSA di SINI.


Law Chambers of Puteri Balqis merupakan  Peguam Bertauliah Panel LPPSA yang berpengalaman dalam mengendalikan urusan Pembiayaan LPPSA sejak tahun 2020. Kami menguruskan keseluruhan proses, daripada penyediaan Perjanjian Jual Beli, Dokumentasi Pembiayaan LPPSA, urusan pindahmilik hartanah sehingga pendaftaran nama pembeli sebagai pemilik berdaftar pada hakmilik (geran) dan pelepasan wang Pembiayaan LPPSA  kepada Penjual mengikut prosedur yang ditetapkan.

Penulisan berkaitan Pembiayaan LPPSA

Berhubung dengan kami sekarang

Pilih bagaimana anda ingin berhubung dengan kami