Firma Peguam Pembiayaan LPPSA

Pembiayaan LPPSA – Panduan Lengkap Bersama Peguam Hartanah Panel LPPSA Anda

/Sedang merancang untuk membeli rumah menggunakan Pembiayaan LPPSA?


Satu keputusan bijak bagi penjawat awam. Tetapi, proses permohonan LPPSA bukan sekadar isi borang dan tunggu lulus. Ia melibatkan banyak dokumen undang-undang, syarat teknikal, dan urusan pindah milik hartanah — dan di sinilah pentingnya melantik Peguam Hartanah yang berpengalaman dengan LPPSA.


Apa Itu Peguam LPPSA?


Peguam LPPSA ialah Peguam Hartanah yang berpengalaman dalam mengurus dokumentasi dan transaksi pembelian hartanah yang dibiayai oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Mereka faham prosedur, kehendak dokumen, dan syarat yang ditetapkan LPPSA — supaya permohonan anda tidak menghadapi penolakan yang merugikan masa dan kos.


Kenapa Perlu Lantik Peguam Berpengalaman Dalam Urusan LPPSA?


✅ Elakkan Permohonan Ditolak
Peguam yang berpengalaman tahu semakan awal yang perlu dibuat — termasuk geran, status hartanah, dan syarat teknikal — bagi mengelakkan hartanah anda tidak layak dibiayai.
✅ Proses Lebih Teratur & Lancar
Dari semakan awal, draf perjanjian jual beli (S&P), pendaftaran pindah milik hingga ke penyempurnaan gadaian LPPSA — semuanya diurus dengan teliti.
✅ Penjimatan Masa & Kos
Kes yang ditolak LPPSA akan memerlukan carian hartanah baharu. Ini bukan sahaja memakan masa, tetapi juga menyebabkan kos tambahan. Peguam berpengalaman akan bantu anda buat keputusan tepat dari awal.


Siapa Yang Perlukan Peguam LPPSA?
Penjawat awam beli rumah subsale guna LPPSA
Beli tanah kosong untuk bina rumah dengan LPPSA
Refinance rumah dari bank ke LPPSA
Penyelesaian baki hutang rumah milik pasangan guna LPPSA


Langkah Seterusnya?
Sebelum anda hantar permohonan LPPSA, dapatkan pandangan awal daripada Peguam Hartanah. Proses jadi lebih mudah bila anda tahu apa yang perlu disiapkan. 

Office interior with marble table and gray chairs.

Berhubung dengan kami sekarang

Pilih bagaimana anda ingin berhubung dengan kami

Peguam LPPSA Kami

Di Law Chambers of Puteri Balqis, kami mempunyai peguam hartanah yang berpengalaman dalam urusan Jual Beli hartanah seperti rumah subsale dan tanah kosong yang menggunakan Pembiayaan LPPSA sebagai medium bayaran harga jualbeli.

Antara urusan yang Peguam Hartanah LPPSA kami kendalikan: 


  • Semakan dokumen 
  • Deraf Perjanjian Jualbeli (SPA)
  • Penyediaan Perjanjian Pembiayaan LPPSA
  • Penyediaan Borang Pejabat Tanah yang sah
  • Proses gadaian dan advise release LPPSA 
  • Pendaftaran pindah milik & serahmilik 


Anda boleh teruskan bacaan mengenai peranan peguam dengan tekan sini.


Jika anda telah jumpa rumah atau tanah yang ingin dibeli, tekan sini untuk membaca mengenai proses awal jualbeli menggunakan pembiayaan LPPSA.



#PeguamLPPSASungaiPetani #PuteriBalqis #LawChambersOfPuteriBalqis #LPPSAKedah #PeguamPanelLPPSA #RumahPenjawatAwam #BeliRumahDenganLPPSA #peguamlppsasemenanjungmalaysia
 

Peguam Hartanah LPPSA kami I 

Puan Puteri Balqis